Pihak DAP sebenarnya anti pembangunan luarbandar kerana mereka tidak menyokong pembangunan luar bandar.
Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi secara sini bertanya, apakah "Impian Sarawak" DAP itu hanya politik sahaja atau mainan gimik mereka.
"Biarlah mereka (DAP) bermimpi ... kita mahu meneruskan perjuangan kita supaya orang luarbandar dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang sama seperti di bandar," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di bilik media di Bangunan DUN Sarawak tengahari tadi.
"Chong (DAP) jelas membantah kepada pernambahan peruntukan RM500 juta yang di bentang oleh pang di umumkan oleh pihak kerajaan bagi Program Pembangunan Transformasi Luar-Bandar baru-baru ini," katanya lagi.
"Dan kita ingin memperingatkan orang luarbandar supaya tidak terperdaya dengan gimik-gimik oleh pihak pembangkang terutamanya DAP."
"Apa yang kita lihat dan dan baca di surat khabar berapa projek yang mereka buat secara gotong royong adalah gimik semata-mata untuk meraih undi terumatanya pengundi luarbandar.," kata Stephen lagi.
"Bak kata Adenan Satem, yang bertelor sebijik riuh sekampung..begitulah scenario yang ada ketika ini. (merujuk kepada keadaan DAP) .
"Ini semua wayang.. saya rasa cukup-cukuplah sudah bagi kita di kawasan luarbandar supaya tidak terperdaya dengan ahli politik yang licik sebegini," tegas Stephen lagi. - Sarawakiana
Dap Anti Pembangunan Luarbandar
Reviewed by Unknown
on
April 24, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 24, 2015
Rating:

No comments: