Pelakon sensasi Hollywood Datuk Jackie Chan merasa sungguh gembira dengan sambutan yang memberansangkan dari peminat ketika lawatannya ke Kuching, Sarawak sempena menghadiri Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015 baru-baru ini.
Jackie yang meluahkan perasaannya di akaun Facebook rasminya berkata, "Semalam ketika saya ke Kuching untuk mennghadiri AIFFA, saya merasa begitu gembira apabila tiba di sama saya melihat ramai peminat setia menyambut kedatangan saya."
"Namun apa yang paling mengembirakan saya adalah dapat bertemu dengan kawan lama saya iaitu (Datuk) Michelle Yeoh. Saya menghargai setiap saat pertemuan tersebut dan peluang untuk bertemu kerana kedua-dua kami sentiasa sibuk dengan tugasan kami maka peluang untuk bertemu mungkin agak terhad."
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terimakasih kepada penganjur AIFFA dan telah memberi Anugerah Inspirasi ASEAN kepada saya. Terimakasih kena mempercayai saya dan saya menghargai sokongan anda," kata Jackie lagi.
Ribuan peminat menemui Jackie apabila beliau tiba di Pusat Perlancongan Sarawak di Kuching, Sarawak dua hari yang lepas. - Sarawakiana
Jackie Chan Gembira Sambutan Peminat Meriah Di Kuching
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 13, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 13, 2015
Rating:

No comments: