Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim meluahkan kekecewaannya terhadap isu warga emas yang ditahan diatas dakwaan gangguan seksual keatas 11 kanak-kanak.
Dalam satu kenyataan media rasminya semalam, Rohani menyatakan beliau amat terkejut, sedih dan kecewa dengan kejadian yang menimpa 11 orang kanak-kanak ini apabila mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual dari seorang dewasa yang ingin memuaskan nafsu serakahnya semata-mata.
"Saya terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini apabila orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak tidak berbuat demikian malahanmenjadi perosak kepada kanak-kanak tersebut."
"Oleh yang demikian, keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititikberatkan dalam menangani hal seperti ini. Saya menyarankan agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan," katanya lagi.
Rohani juga menyatakan, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pegawai Pelindung di daerah akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak tersebut serta ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat daripada kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian. - Sarawakiana
JKM Bantu Kanak-kanak Yang Didakwa Diganggu Secara Seksual
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2015
Rating:

No comments: