Seo Services

Kastam Labuan Kutip GST Berjumlah RM5.19 Juta Sehingga 15 April


LABUAN, 16 April (Bernama) -- Jabatan Kastam Labuan telah mengutip sejumlah RM5.19 juta bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sejak cukai itu dilancarkan 1 April lepas sehingga Rabu, kata Pengarahnya Wasimin Daiman.

Beliau berkata jumlah itu yang dianggap signifikan dalam sistem pungutan cukai adalah daripada duti import CBP.

Sebanyak 725 syarikat berdaftar CBP sejak akhir tahun lalu dengan sebahagian daripadanya merupakan syarikat berkaitan minyak dan gas, katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata menerusi operasi Antipencatutan dan Pematuhan CBP yang dilancarkan 1 April lepas mendapati 10 premis di pulau bebas cukai ini telah melakukan kesalahan kecil berkaitan CBP dan diberi nasihat.

"Pemilik sepuluh premis ini telah dinasihatkan menyertai program anjuran kami berupa sesi taklimat CBP untuk penjelasan lebih lanjut tentang CBP," katanya.

Katanya antara premis yang diperiksa ialah pasar raya, kedai runcit, kedai perabot, kedai perkakas rumah, kedai pakaian, kedai peralatan elektrik, bengkel motor, kedai aksesori telekomunikasi, kedai alat ganti dan kedai ubat tradisional dan moden.

-- BERNAMA
Kastam Labuan Kutip GST Berjumlah RM5.19 Juta Sehingga 15 April Kastam Labuan Kutip GST Berjumlah RM5.19 Juta Sehingga 15 April Reviewed by Admin on April 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.