Seo Services

Kawasan Pencarian MH370 Digandakan Jika Tiada Penemuan Menjelang Mei


KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi akan diperluaskan 60,000km per segi lagi jika tiada penemuan menjelang Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia, Australia dan China yang mengetuai pencarian pesawat Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu itu "komited dengan usaha mencari itu".

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari dua negara berkenaan.

Liow berkata, setakat ini 61 peratus daripada kawasan pencarian sekarang sudah diperiksa dan pencarian di baki kawasan itu akan selesai menjelang akhir Mei. - AP

Kawasan Pencarian MH370 Digandakan Jika Tiada Penemuan Menjelang Mei Kawasan Pencarian MH370 Digandakan Jika Tiada Penemuan Menjelang Mei Reviewed by uMieySurianie on April 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.