Kegembiraan menyelubungi keluarga Zainal Ramli, selepas dimaklumkan anaknya, Zainal Nastaiin, kini sudah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani rawatan biasa.
Pelajar tahun pertama perubatan itu ditempatkan di ICU Hospital Sklifosovskogo kerana melecur teruk dalam kebakaran di asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow, Rabu lalu.
Zainal berkata, wakil dari Kedutaan Malaysia di Moscow memaklumkan kepada beliau, semalam, yang keadaan anaknya kini stabil dan dalam keadaan lebih baik.
"Kedutaan memaklumkan kepada saya, anak saya sekarang sudah boleh bercakap dan makan. Alhamdulillah, Allah telah mengabulkan doa (keluarga) kami.
Kami berdoa semoga Nastaiin akan pulih secara fizikal dan mental tidak lama lagi.
"Tetapi saya masih mahu melihatnya dengan mata saya sendiri, itu yang saya mahu, Saya mahu lihat anak saya," katanya.
Ditanya sama ada Wisma Putra telah memberi visa kepada beliau dan anak sulungnya untuk berlepas ke Moscow, Zainal berkata, visa belum siap, namun beliau percaya Wisma Putra sedang berusaha untuk mendapatkannya secepat mungkin.
Bapa kepada lima orang anak itu berkata, beliau juga mengadakan majlis doa selamat di rumah mereka di Kuala Kangsar, Perak, Sabtu lalu.
Selain Nastaiin, empat lagi pelajar Malaysia masih menjalani rawatan kerana keracunan karbon monoksida dan melecur. - BERNAMA
Kebakaran Asrama Moscow: Pelajar Malaysia Keluar Dari ICU
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: