Seo Services

Kebakaran Kilang Di Batu Tujuh, Kuching


KUCHING: Sebuah kilang terbuka tanpa dinding dan berbumbung yang terbakar pada bahagian kabin di Jalan Kota Sentosa berdekatan dengan Kem Tentera di Batu 7, disini tengah malam tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, dibantu anggotan dan unit Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Kuching dan anggota dan unit komunikasi Balai Bomba dan Penyelamat Siburan telah dikerah ke lokasi kejadian setelah menerima laporan pada jam lebih kurang 12 tengah malam tadi.

Struktur merupakan tempat penyimpanan barang-barang lusuh musnah secara keseluruhannya.

Difahamkan, pihak bomba masih membuat pemantuan dan mengambil maklumat terperinci di lokasi kebakaran tersebut.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehingga berita ini ditulis, punca kebakaran masih dalam siasatan.-Sarawakiana
Kebakaran Kilang Di Batu Tujuh, Kuching Kebakaran Kilang Di Batu Tujuh, Kuching Reviewed by Unknown on April 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.