Seo Services

Lebih 10,000 Sertai Program Fit Malaysia Di Padang Merdeka


KUCHING: Lebih 10,000 peserta menyertai Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka di sini, semalam.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta barisan menteri-menteri persekutuan dan negeri yang lain.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu menyaksikan 10,000 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti larian dengan hampir 2,000 lagi peserta mengikuti aktiviti kayuhan basikal.

Sarawak merupakan negeri keenam bagi siri jelajah Fit Malaysia selepas Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan.

Tujuannya adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari segi kesihatan dan perpaduan.

Di samping itu, Fit Malaysia juga bertujuan menyediakan peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti larian, kayuhan serta seni mempertahankan diri.

Seterusnya, Fit Malaysia diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbudaya sukan ke arah sebuah negara bersukan. - UB

Lebih 10,000 Sertai Program Fit Malaysia Di Padang Merdeka Lebih 10,000 Sertai Program Fit Malaysia Di Padang Merdeka Reviewed by Salfian Nawawi on April 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.