Seo Services

Najib Syukur Pelajar Malaysia Di Yaman Selamat Pulang


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa syukur dengan kepulangan dua kumpulan pelajar Malaysia ke tanah air dari Yaman. "Syukur Alhamdulillah berkat doa dan usaha semua, kedua-dua kumpulan pelajar kita selamat kembali ke Malaysia dari Yaman hari semalam.

Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan," katanya dalam catatan terbaru dalam laman Facebook dan Twitternya, malam tadi.

Sejumlah 67 pelajar yang dibawa keluar secara berperingkat dari kawasan paling teruk dilanda pergolakan di Aden, Yaman selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kumpulan pertama iaitu sebanyak 42 pelajar telah dibawa dengan pesawat Emirates Airlines penerbangan EK346 dari Dubai pada jam 3.18 petang tadi. Kumpulan seterusnya sebanyak 25 orang tiba di KLIA dari Colombo dengan penerbangan Sri Lankan Airlines.

Mengikut Wisma Putra, hingga kini, sejumlah 673 rakyat Malaysia di Yaman sudah dibawa keluar dari empat bandar di negara berkenaan iaitu Sana'a, Hodeidah, Aden dan Hadramawt. - BERNAMA


Najib Syukur Pelajar Malaysia Di Yaman Selamat Pulang Najib Syukur Pelajar Malaysia Di Yaman Selamat Pulang  Reviewed by Unknown on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.