Seo Services

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Nepal


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam gempa bumi yang melanda Nepal dan kawasan di utara India, Sabtu.

"Harapan dan doa saya sentiasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam gempa bumi itu," kata Najib dalam catatan beliau dalam laman Twitter dan Facebook.

Najib berkata Kementerian Luar sedang memantau situsi dengan rapi.

"Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan mereka dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal pada Sabtu bukan sahaja mengorbankan lebih 900 orang tetapi juga hampir memusnahkan beberapa bangunan berusia berabad di ibu negara Kathmandu dan kawasan sekitarnya.
Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Nepal Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Nepal Reviewed by Unknown on April 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.