PENAMPANG: Seorang lelaki kurang upaya ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Kolopis dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Jeren Kilong, 36, dikatakan terperangkap dalam rumahnya selepas gagal keluar untuk menyelamatkan diri.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota bersama dua jentera ke lokasi.
Katanya, punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.
Lelaki Rentung Kebakaran Di Penampang
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2015
Rating:

No comments: