JAKARTA: Seorang juruterbang sempat menyelamatkan diri, apabila pesawat pejuang yang dipandunya terbakar, sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, di timur Jakarta, pada Khamis.
Juruterbang Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) itu hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital, selepas melompat keluar daripada pesawat F-16 yang dijilat api dan dipenuhi asap tebal.
“Ketika pesawat itu hampir berlepas, enjinnya terbakar dan juruterbang memutuskan untuk meninggalkan pesawatnya.
“Juruterbang itu kemudiannya dikejarkan ke hospital, tetapi dia masih sedar,” kata Ketua Turus Tentera Udara Indonesia, Agus Supriatna kepada saluran berita MetroTV.
Jurucakap tentera, Fuad Basya berkata, juruterbang itu cedera ringan, selepas terjun dari kokpit pesawat berkenaan.
Jelasnya, siasatan untuk mencari punca kejadian sedang dijalankan.
Ketika kejadian, pesawat itu sepatutnya berlepas bersama tiga pesawat pejuang lain yang berjaya berlepas dari pangkalan udara berkenaan, sebagai persiapan untuk menjaga keselamatan ruang udara republik itu, sempena sidang kemuncak Asia dan Afrika yang bakal berlangsung di Jakarta, pada minggu depan.
Pesawat pejuang F-16 itu adalah antara beberapa pesawat yang diberikan Amerika Syarikat kepada Angkatan Tentera Indonesia, baru-baru ini.
Kebakaran itu berlaku sebulan selepas dua pesawat Jupiter bergesel sayap, ketika menjalani latihan untuk pertunjukan di Pameran Maritim dan Udara Antarabngsa Langkawi 2015 (LIMA ’15), sebelum terhempas di Permandangan Indah, Padang Mat Sirat dan Kampung Gelam, Kedawang, pada 15 Mac lalu.
Kesemua empat juruterbang Jupiter Aerobatic Team daripada TNI-AU berjaya melentingkan diri, sebelum pesawat mereka terhempas.-TheRakyatPost
Pesawat F-16 Terbakar, Juruterbang Selamat
Reviewed by Unknown
on
April 17, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 17, 2015
Rating:

No comments: