SADONG JAYA: Keluarga adik Nur Quraisha Fitri Mohd Taip, 18, yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu memohon orang ramai yang mengenali beliau supaya tampil memberi bantuan bagi mengesannya.
Ibunya, Jamliah Senong berkata, anaknya telah lari meninggalkan keluarga tanpa sebarang berita sejak 3 April lalu.
"Saya merayu kepada sesiapa yg mengenali Nur Quraisha dan mengetahui kedudukan anaknya supaya tampil membantu .. dan kali terakhir saya bertemu dengan dia pada petang 2 April sebelum Nur Quraisha memaklumkan akan bermalam di rumah nenek dekat sini," tambahnya lagi.
"Pelbagai usaha mengesan anaknya itu telah diusahakan sejak dua minggu yg lalu termasuk laporan polis berhubung kehilangannya pada 4 April lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepadanya ditalian 014-5916135 atau ibu saudara, Fatimah Senong (013-8254337) atau bapa saudara, Asisten Superintenden Mohd. Shapie Osman (010-8263550). - Sarawakiana
Remaja Perempuan Hilang
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:

No comments: