Seo Services

RM18.15j bantu pendidikan Orang Asli


KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan sebanyak RM18.15 juta bagi membantu masyarakat Orang Asli mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bantuan itu termasuk RM13.58 juta untuk pengangkutan, RM4.37 juta wang saku dan RM208,248 bagi pelbagai yuran.
Kata beliau, peruntukan itu disalurkan demi memastikan kelancaran pengurusan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Saya dimaklumkan sehingga kini terdapat 48,076 pelajar Orang Asli daripada peringkat taman didikan kanak-kanak (tadika) sehingga ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli Tahun 2014 dekat sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

RM18.15j bantu pendidikan Orang Asli RM18.15j bantu pendidikan Orang Asli Reviewed by Unknown on April 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.