Seo Services

Selepas 53 Tahun Mati, Marilyn Monroe Masih Jadi Idola


Selapas 53 tahun meninggal dunia, Marilyn Monroe masih dikenali dan menjadi idola kepada ramai orang.

Ternyata pengaruhnya semasa berada dalam dunia glamor meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Meninggal dunia seawal usia 36 tahun, kematiannya mencetus pelbagai persoalan walaupun disahkan membunuh diri kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan.

Siapa sebenarnya Marilyn Monroe sehingga impak yang ditinggalkan begitu besar?

Jom kita tengok sedikit fakta mengenai pelakon dan penyanyi ini.

1. Nama sebenarnya ialah Norma Jeane Mortenson. Selepas dibaptiskan, dia menukar namanya kepada Norma Jeane Baker an dikenali sebagai Marilyn Monroe untuk nama pentas.

2. Warna rambut sebenarnya adalah coklat. Marilyn mula mewarnakan rambut menjadi blonde selepas mendapat kontrak sebagai artis. Produsernya menganggap ‘blonde’ lebih menarik dan menawan.

3. Marilyn menjalani kehidupan yang sukar ketika kecil. Ibunya mengalami masalah mental menyebabkan dia berpindah-randah dari sebuah rumah anak yatim ke rumah keluarga angkat serta rumah kebajikan.

4. Saat paling diingati semasa Marilyn hidup adalah semasa dia menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu.
Selepas 53 Tahun Mati, Marilyn Monroe Masih Jadi Idola Selepas 53 Tahun Mati, Marilyn Monroe Masih Jadi Idola Reviewed by Unknown on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.