Seo Services

23 Maut Demi Mendapatkan Pakaian Percuma


Sempena bulan Ramadhan, orang-orang kaya di Bangladesh akan mengadakan satu upacara pemberian pakaian secara percuma setiap tahun kepada orang-orang miskin bermula 19 Jun, mengikut syariat Islam.

Namun, upacara pemberian tersebut bertukar tragedi apabila seramai 23 orang maut dalam rempuhan ketika mereka saling berebut untuk mendapatkan pakaian di sebuah kilang tembakau di bandar utara Mymensngh, lapor AFP.

Pegawai Kanan Polis Bangladesh, Kamrul Islam berkata, mangsa terdiri daripada wanita yang lemah dan kurus.

“Angka kematian boleh meningkat. Ada orang yang telah mengambil mayat saudara-mara mereka sebelum polis tiba di tempat kejadian,” katanya.

"Rempuhan tercetus apabila beratus-ratus orang cuba untuk masuk ke dalam kawasan kilang melalui pintu kecil bangunan sebelum subuh," jelas beliau

Pemilik kilang dan enam yang lain telah ditangkap kerana gagal memastikan keselamatan awam, tambah Kamrul.

Menurut laporan polis, sejak semalam lagi kira-kira jam 4.45 petang, seramai 1500 orang telahpun berkumpul di luar kilang selepas pemilik kilang berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan pakaian secara percuma kepada orang-orang miskin. - Sarawakiana
23 Maut Demi Mendapatkan Pakaian Percuma 23 Maut Demi Mendapatkan Pakaian Percuma Reviewed by Unknown on July 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.