Seo Services

Ahli Parlimen Bintulu Dakwa Kegiatan Kongsi Gelap Masih Aktif


Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa kongsi gelap terbabit dengan kegiatan perniagaan dalam beberapa bidang termasuk pembalakan, diesel, telur, pengangkutan, baja dan silinder gas.

"Mereka (polis) perlu melancarkan operasi bagi membanteras golongan tidak bertanggungjawab ini dan memerangi jenayah di Bintulu," katanya dalam satu kenyataan.

Tiong yang juga presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berkata polis perlu lebih agresif dalam memelihara nama baik mereka memandangkan orang ramai menganggap pasukan itu tidak aktif kebelakangan ini.

Mengikutnya, trend membimbangkan berkaitan kes jenayah seperti perjudian melalui internet, mencuri kenderaan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran pekerja asing tanpa izin, perlu dibanteras dengan segera. - BERNAMA
Ahli Parlimen Bintulu Dakwa Kegiatan Kongsi Gelap Masih Aktif Ahli Parlimen Bintulu Dakwa Kegiatan Kongsi Gelap Masih Aktif Reviewed by Unknown on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.