Seo Services

Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai


Jika sebelum ini kami ada menviralkan sekeping gambar kanak-kanak sedang bersolat terawih sambil ditemani oleh hero Ultraman yang sedang mengangkat 'takbir' di mana gambar tersebut diambil tanpa disedari oleh mereka.

Maka ramailah ibu bapa telah memuatnaik gambar anak bersolat dan bermain dengan hero kanak-kanak berkenaan dan juga selain watak Ultraman.

Terbaru tersebar sekeping gambar Ultraman bersolat dan jadi 'makmum' di laman sosial di mana ia dikongsi oleh ramai Netizens.

Gambar berkenaan telah menarik perhatian Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya yang telah memuatnaik status mengenai perkara ini di Twitter.


Fathul Bari telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kepsyen berbunyi “Walaupun memang kelakar, tapi tak sesuai buat lawak macam ni. #ultramanxsolat.”

Gambar yang dimuatnaikknya itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twit yang lain.

Jadi nampaknya pelbagai pandangan dalam hal ini, ada yang menganggap ia adalah sabagai dorongan untuk kanak-kanak belajar solat dan bagaimanapun ia adalah lawak yang tidak sesuai menurut Ulama Muda berkenaan. - SK
Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai Reviewed by Unknown on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.