Seo Services

‘Budak Baik’ Diseksa Hingga Mati Di Rumah Kosong


Sydney – Seorang remaja lelaki dijadikan tawanan dan didera secara seksual serta dipukul hingga mati sebelum mayatnya yang separuh bogel dan berlumuran darah ditemui mati di dalam rumah kosong dua bulan lalu.

Polis berkata, Mahmoud Hrouk, 16, dibunuh penyerang yang tidak dapat dipastikan jumlahnya selepas dijadikan tawanan di rumah berkenaan hampir dua bulan lalu.

Detektif Sarjan Christian Olivares berkata kematian itu tidak dikaitkan dengan perbuatan gangster atau jenayah terancang, malah polis terkejut remaja yang terkenal baik hati dan disenangi dibunuh dengan begitu kejam.

“Dia budak baik yang menyayangi keluarganya dan rajin. Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dan amat bersimpati dengan keluarga mangsa,” katanya.

Mahmoud hilang selepas menaiki basikal ke McDonald’s berhampiran rumahnya pada 16 Mei lalu. Kali terakhir dia dilihat hidup ketika makan bersama rakannya di situ pada petang 16 Mei lalu.

Anggota keluarga menemui mayatnya yang berlumuran darah dan separuh bogel di dalam rumah berkenaan selepas ibunya menerima panggilan telefon yang menimbulkan syak.

Sementara itu, seorang lagi penyiasat berkata motif kejadian masih tidak dapat dikenal pasti. – Agensi
‘Budak Baik’ Diseksa Hingga Mati Di Rumah Kosong ‘Budak Baik’ Diseksa Hingga Mati Di Rumah Kosong Reviewed by uMieySurianie on July 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.