Seo Services

Dipeluk Sebelum Diragut


KUCHING: Seorang guru wanita terkedu apabila dia tiba-tiba dipeluk seorang lelaki tidak dikenali sebelum beg tangannya diragut di Jalan Tun Abdul Rahman di sini, semalam.

Mangsa berusia 40 tahun itu semasa kejadian berada di luar sebuah kedai menjual barangan kesihatan apabila dia didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang kemudian terus memeluknya sekitar jam 9.45 pagi.

“Ekoran kejadian tersebut, mangsa terkedu seketika dan peluang tersebut digunakan lelaki terbabit meragut beg tangannya dan terus beredar dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa bagaimanapun sempat mencatat nombor plat pendaftaran kereta Perodua Kancil berwarna kelabu yang dinaiki suspek dan terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah wang tunai RM2,000, serta beberapa dokumen peribadi.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan. - UB
Dipeluk Sebelum Diragut Dipeluk Sebelum Diragut Reviewed by Salfian Nawawi on July 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.