Seo Services

Ekonomi Kerajaan Malaysia 10 Terbaik Di Dunia


LONDON – Kerajaan Malaysia tampil bergaya apabila menduduki tempat kelapan paling cekap di dunia dalam senarai dikeluarkan badan antarabangsa, Forum Ekonomi Sedunia (WEF) berpangkalan di Switzerland.

Menurut laporan yang diterbitkan pada 13 Julai lalu, kerajaan Malaysia diletakkan dalam senarai kelompok 10 terbaik diketuai Qatar, Singapura, Finland, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu, New Zealand dan Rwanda.

Penilaian ke atas 144 kerajaan seluruh dunia itu adalah berdasarkan kepada ukuran kadar pembaziran bajet pemerintah, tahap kesukaran kawal selia peraturan tempatan dan ketelusan penggubalan dasar kebangsaan.

Rwanda muncul negara dari benua Afrika yang pertama dalam kelompok 10 terbaik ekoran kurang pengaliran besar peruntukan tahunan kerajaan dibazirkan sia-sia sebaliknya berjaya dioptimumkan dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mendapat penilaian yang tinggi dari segi kurang beban birokrasi dan amat telus dalam penggubalan sesuatu polisi baharu negara berbanding Switzerland (ke-9) dan Luxembourg (ke-10).

Malaysia bahkan lebih baik daripada beberapa negara maju antaranya Britain (ke-14), Jerman (ke-16), Jepun (ke-17), China (ke-31) Amerika Syarikat (ke-34), Australia (ke-39), Perancis (ke-65) dan Korea Selatan (ke-104).

Di peringkat rantau Asia tenggara, kedudukan kerajaan Malaysia adalah lebih cekap apabila dibandingkan dengan Indonesia (ke-36), Filipina (ke-69), Thailand (ke-88), Vietnam (ke-91), Kemboja (ke-112), Myanmar (ke-126).

Jika banding dengan negara Islam, Malaysia juga berbangga mengatasi Oman (ke-19), Bahrain (ke-24), Jordan (ke-25), Turki (ke-48), Mesir (ke-89), Kuwait (ke-90), Pakistan (ke-107), Iran (ke-118) dan Yaman (ke-133).

Laporan WEF itu turut menyenaraikan Venezuela sebagai kerajaan paling tidak cekap di dunia diikuti Itali (ke-143), Argentina (ke-142), Lubnan (ke-141), Libya (ke-140), Croatia (ke-139), Angola (ke-138) dan Chad (ke-137).

Negara bermasalah, Greece yang bila-bila masa sahaja boleh diisytiharkan muflis berada di posisi ke-129; jauh lebih teruk daripada Israel (ke-66) yang sering menindas jirannya, Palestin (tiada dalam senarai). – MYNEWSHUB.CC
Ekonomi Kerajaan Malaysia 10 Terbaik Di Dunia Ekonomi Kerajaan Malaysia 10 Terbaik Di Dunia Reviewed by Unknown on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.