Seo Services

Elak Terus Percaya Laporan WSJ


Kuala Lumpur : Masyarakat disarankan agar tidak terus mempercayai sebarang dakwaan di laman-laman media sosial berkaitan dengan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya berharap rakyat tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang spekulasi dan andaian sehingga pasukan khas selesai menjalankan siasatan.

“Selagi siasatan belum selesai dan pasukan penyiasatan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau laporan, saya anggap perkara ini masih belum mendapat jalan penyelesaian mengenai kes tersebut.

“Saya rasa kita tidak perlu membuat sebarang kesimpulan sendiri dan terus menghukum kerana tidak adil kepada pihak yang dituduh sehingga mendapat kata putus,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih 2015 di Dewan C, Maeps, Serdang dekat sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan WSJ kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Bhd., (1MDB) melalui akaun peribadinya yang tersebar baru-baru ini. - Utusan
Elak Terus Percaya Laporan WSJ Elak Terus Percaya Laporan WSJ Reviewed by Unknown on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.