Seo Services

Hanya Tuhan Tahu Siapa Saya – Bekas Editor Sarawak Report


KUCHING: Tindakan ala berani mati sanggup mempertahankan pendedahannya mengenai dakwaan plot untuk memalsukan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) amat memeranjatkan pelbagai pihak.

Paling mengejutkan tentu sekali pihak pembangkang yang akhirnya terkedu apabila terbukti mereka selama ini menipu rakyat Malaysia dengan dakwaan bohong bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun bagi bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi terpulang kepada Tuhan untuk menghakimi tahap kredibilitinya, menurut laporan portal tempatan AgendaDaily yang memetik sumber daripada akhbar The Star.

Beliau malah berkata, dirinya tetap berpegang teguh kepada pendedahannya itu walaupun kredibilitinya dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa dirinya dianggap sebagai pembohong dan seorang penghutang.

“Hanya Tuhan sahaja tahu sama ada siapa saya ini orang yang boleh dipercayai atau tidak. Hanya ‘Dia’ yang boleh menghakimi diri saya dalam perkara amat besar ini,” tegas Lester ketika ditemuramah akhbar tempatan itu. - MyNewsHub
Hanya Tuhan Tahu Siapa Saya – Bekas Editor Sarawak Report Hanya Tuhan Tahu Siapa Saya – Bekas Editor Sarawak Report Reviewed by Salfian Nawawi on July 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.