Seo Services

Indonesia Tahan Bot Nelayan Malaysia


NUNUKAN: Bot pukat tunda milik rakyat Malaysia ditahan kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia untuk menangkap ikan secara haram.

Tentera laut Indonesia menahan bot itu di perairan Ambalat ketika menangkap ikan bersama dua lagi bot pukat tunda yang juga dipercayai dari Malaysia.

Komander Armada Timur Tentera Laut Indonesia, Gede Ariawan berkata, dua bot lagi sempat melarikan diri dengan memasuki perairan Malaysia apabila menyedari kehadiran kapal tentera laut Indonesia.

“Sebuah lagi bot tidak sempat melarikan diri kerana sedang menarik pukat yang dipasang,” katanya.

Menurut Gede, bot yang ditahan itu menggunakan nombor pendaftaran TW 3550/6/F dan dimiliki warga Malaysia yang dikenali sebagai Wong Min Hon.

“Ketika ditahan bot ini sudah menangkap ikan pelbagai jenis seberat 10 tan.

“Kapten dan anak kapal bot adalah warga Indonesia,” katanya.

Seorang anak kapal yang dikenali sebagai Tomy berkata, ini kali kedua bot itu memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.

Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara itu, termasuk menenggelamkan bot nelayan asing yang ditangkap.-mStar

Indonesia Tahan Bot Nelayan Malaysia Indonesia Tahan Bot Nelayan Malaysia Reviewed by Unknown on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.