Seo Services

Keluarga Bahagia, Aidilfitri Ceria


KUCHING: Malaysia merupakan sebuah negara yang unik namun walaupun belainan kepercayaan, kebudayaan dan keturunan, rakyat negara ini sentiasa hidup aman dan sejahtera.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim berkata, beliau amat yakin dengan adanya kepelbagaian ini, ia menjadi pemangkin yang tidak ternilai harganya dalam membina satu bangsa Malaysia yang bertamadun dan berinovasi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak), Jalan P.Ramlee, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Dato’ Sri Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem dan isteri, Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah dan dif-dif kenamaan yang lain.

Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, majlis pada hari ini juga memberi peluang terbaik kepada kita semua untuk mengerat dan merapatkan lagi tali persaudaraan, membuka ruang interaksi dan komunikasi, di samping menikmati pelbagai juadah enak yang telah disediakan.

"Gunakan sambutan Syawal pada tahun ini pelbagai satu titik tolak kepada kita semua untuk meluangkan masa bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan terutamanya anak-anak 

kita sendiri. Ini kerana institusi keluarga adalah platform terbaik dalam mencorakkan kehidupan terutamanya golongan remaja dan belia."

"Bersempena dengan tagline baru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diumumkan baru-baru ini, sambutan pasa hari ini juga mengambil tema yang 

berkaitan iaitu Keluarga Bahagia, Aidilfitri Ceria," katanya lagi.

Selain itu, ketibaan Aidilfitri yang sinonim dengan suasana di mana ahli keluarga tercinta dapat berkumpul, bermaaf-maafan serta membuka lembaran baharu, adalah 

merupakan satu kemenangan bersama iaitu kemenangan menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kemenangan menyatukan ahli keluarga terutamanya orang kurang upaya 

termasuk OKU kanak-kanak dan warga emas yang menghadapi masalah menguruskan diri.

Rohani juga mengingatkan, bagi mengimbangi proses pembanggunan sosial dan ekonomi yang pesat, institusi keluarga perlu dimantapkan. Ini adalah penting kerana keluarga merupakan unit asas sosial yang menyediakan dan membebalkan sumber modal insan untuk pembangunan negara.

Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang, seramai 100 orang dari golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan. - Sarawakiana



Keluarga Bahagia, Aidilfitri Ceria Keluarga Bahagia, Aidilfitri Ceria Reviewed by Salfian Nawawi on July 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.