Seo Services

Kenaikan Pangkat Pegawai Kerajaan Menerusi "Career Progression Framework”


KUCHING: Seramai 101 orang pegawai kerajaan Negeri Sarawak telah diberi kenaikan pangkat masing-masing pada Gred 44 dan 48 hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, pegawai-pegawai tersebut adalah kumpulan yang pertama yang telah melalui proses kenaikan pangkat melalui "Career Progression Framework” yang telah ditetapkan oleh PAN Negeri.

"Seramai lebih kurang 167 orang lagi pegawai di gred 41 masih dalam proses untuk ditemuduga dan bagi yang berjaya dalam temuduga tersebut, tarikh kenaikan pangkat mereka akan diselaraskan agar selari dengan tarikh kenaikan pangkat kumpulan pertama pada hari ini iaitu berkuatkuasa 1 Julai 2015,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau juga menyatakan bahawa proses kenaikan pangkat ke gred 48, 52 dan 54 juga sedang dilaksanakan dan masih dalam proses penilaian di bawah Career Progression Framework.

“Proses itu dinilai dari segi tahap kecekapan dan kompetesi bagi memastikan para pegawai yang dinaikkan pangkat benar-benar layak dan memiliki tahap kompetensi yang diperlukan untuk gred jawatan yang disandang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Kenaikan Pangkat yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi.

“Usaha yang telah dilakukan ini adalah untuk menjamin dan memastikan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mencapai tahap kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dengan amanah di pelbagai peringkat kepimpinan.”

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sentiasa peka dan prihatin terhadap pembangunan kerjaya penjawat awam Negeri Sarawak.

Morshidi juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia khususnya kepada Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sendiri yang sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan kerjaya kakitangan Kerajaan Negeri dan telah bersetuju dengan pemohoan Kerajaan Negeri untuk meluluskan jawatan 41/44 dan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP).

Beliau berharap agar anugerah kenaikan pangkat ini menjadi pencetus kepada pegawai-pegawai kerajaan negari Sarawak agar bersama- sama bergerak ke arah kecemerlangan dan berkhidmat dengan berintergriti. - Sarawakiana
Kenaikan Pangkat Pegawai Kerajaan Menerusi "Career Progression Framework” Kenaikan Pangkat Pegawai Kerajaan Menerusi "Career Progression Framework” Reviewed by uMieySurianie on July 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.