Seo Services

Kerajaan Berusaha Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Semua


KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.

Perdana Menteri berkata, ini penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur asing selain menjadi antara kerajaan paling efisien.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita baru-baru ini yang Malaysia kini merupakan destinasi keenam paling menarik bagi pelabur asing, selain menduduki tempat kelapan sebagai kerajaan paling efisien di dunia.

"Kerajaan berusaha beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pelabur," katanya dalam laman Twitter beliau malam ini.

Laporan media semalam menyatakan Malaysia berada pada tempat keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini, melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014.

BPI adalah kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand (38).

Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua itu mengesahkan semula bahawa Malaysia adalah pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk pelabur. - BERNAMA
Kerajaan Berusaha Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Semua Kerajaan Berusaha Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Semua Reviewed by Unknown on July 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.