Seo Services

Langgan Pelacur Dengan Wang Sedekah


Jakarta: Seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan di Jakarta kerana menggunakan wang hasil mengemis untuk melanggan pelacur.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Tiban itu ditahan di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan oleh sepasukan pegawai kebajikan, kelmarin.

Ketika ditahan Tiban membawa wang berjumlah Rp3.6 juta (RM1,019) yang diperoleh hasil daripada mengemis.

Ketua Jabatan Kebajikan Jakarta Selatan Kismoyohadi berkata, lelaki itu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sering dilihat meminta sedekah di Kebayoran Lama.

“Sudah dua kali Tiban ditahan kerana melanggan pelacur di kawasan itu.

“Tiban mengaku menggunakan wang hasil meminta sedekah itu untuk membeli keperluan diri dan untuk memenuhi nafsunya,” katanya. - Agensi 
Langgan Pelacur Dengan Wang Sedekah Langgan Pelacur Dengan Wang Sedekah Reviewed by uMieySurianie on July 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.