TUMPAT : “Walaupun dibina tanpa paku dan berusia 300 tahun, ia kukuh seperti masjid sekarang,” kata pesara guru Nik Abdul Rahman Muhammad, 81, menceritakan keunikan Masjid Tua Kampung Laut berusia kira-kira 300 tahun yang dibina di Kampung Laut di sini.
Nik Abdul Rahman berkata, masjid yang diiktiraf sebagai masjid tertua di Malaysia itu bagaimanapun tetap kukuh walaupun beberapa kali ia dilanda banjir.
“Saya difahamkan oleh orang tua dulu, tukang kayu ketika itu tidak menggunakan paku kerana pada ketika pembinaan masjid itu sekitar 1900, paku sukar dicari.
“Struktur asas seperti tiang, rangka dinding, rabung, tingkap dan lantai disambung menggunakan tanggam yang dipasak dengan peleting kayu atau buluh,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bekas setiausaha masjid itu berkata, dia difahamkan, masjid itu dibina ulama dari Champa, Kemboja yang dalam perjalanan ke Tanah Jawa.
“Atas sebab itu binaan masjid ini memiliki persamaan dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa, Kemboja
“Masjid ini yang pada mulanya dibina menggunakan empat tiang beratap daun nipah diperbesarkan dari semasa ke semasa dengan membina bumbung setinggi tiga tingkat, serambi, menara, balai, kolah, dan loteng,” katanya.
Katanya, masjid itu pernah menjadi tumpuan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
- Harian Metro
Masjid Masih Tetap Utuh Walaupun Dibina Tanpa Paku
Reviewed by Unknown
on
July 03, 2015
Rating:

No comments: