Seo Services

Najib Akan Pastikan Anwar Terima Rawatan Sewajarnya


WALAUPUN berseteru dalam politik, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa simpatinya terhadap laporan kesihatan terkini membabitkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataannya Najib berkata, beliau meminta pihak bertanggungjawab memastikan Anwar menerima rawatan sewajarnya bagi merawat masalah kesihatan yang dihadapi ketika ini.

Anwar Ibrahim Alami Ketumbuhan Buah Pinggang?



Tulis beliau di laman Facebook rasminya, “Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya.”

Umum sedia maklum, Anwar kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh sejak Februari tahun ini kerana sabitan kesalahan kes Liwat II.

Semalam, media melaporkan bahawa kesihatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin merosot. Anwar dikatakan mempunyai ketumbuhan sepanjang empat sentimeter di bahagian buah pinggangnya.

Memetik kenyataan peguam Anwar, S. Sivarasa, ia telah dimaklumkan secara lisan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal Jun.

Lantas itu, pihaknya memohon pihak penjara supaya memindahkan Anwar kepada tahanan kediaman bagi kemudahan menerima rawatan dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC
Najib Akan Pastikan Anwar Terima Rawatan Sewajarnya Najib Akan Pastikan Anwar Terima Rawatan Sewajarnya Reviewed by uMieySurianie on July 01, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. KALAU PENGUAM DIA BOLIH DATANG KEPENJARA..KENAPA DOKTOR DIA TAK BOLIH....KENAPA NAK BAWA BALIK KERUMAH.....

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.