Seo Services

Pasaran Getah dijangka Lengang Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga yang lebih lengang minggu depan dengan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sementara menunggu petunjuk baharu, kata seorang peniaga.

Katanya, sentimen belian dijangka kekal berhati-hati di tengah-tengah krisis hutang Greece dan krisis pasaran saham China baru-baru ini.

"Terdapat beberapa aktiviti belian dalam minggu baru berakhir, namun secara keseluruhan, kami tidak mengharapkan banyak perubahan di pasaran pada minggu depan," katanya.

Pasaran getah ditutup lebih tinggi minggu ini disebabkan pasaran mengumpul stok bekalan menjelang hujung minggu

Peningkatan harga minyak mentah, iaitu antara komponen terpenting getah sintetik, juga telah meningkatkan permintaan untuk getah asli.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 14 sen kepada 542 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan sebanyak 14.5 sen kepada 436.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 turun 16 sen kepada 542.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun sebanyak enam sen kepada 435.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Pasaran Getah dijangka Lengang Minggu Depan Pasaran Getah dijangka Lengang Minggu Depan  Reviewed by Admin on July 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.