Seo Services

Pelajar Tingkatan Satu Maut Motosikal Yang Ditunggangi Hilang Kawalan

gambar hiasan

KEMAMAN: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan dalam kemalangan di kawasan Fasa 2, Bandar Baru Cheneh Isnin malam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.25 malam itu mengakibatkan penunggang Muhammad Ikmal Haziq Rosmawi, 13, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan manakala pemboncengnya Mohd Ikramshah Abdullah, 13, patah tangan kiri.

Ketika kejadian, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Baru Cheneh.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis SYM yang ditunggangi mangsa bersama Mohd Ikramshah dipercayai terbabas ketika menuruni laluan bukit lalu melanggar sebatang tiang elektrik di sebelah kanan jalan.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua rakan itu tercampak ke bawah tebing setinggi 1.5 meter di tepi jalan dan Muhammad Ikmal Haziq meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Ikramshah yang patah tangan kiri telah dibawa orang ramai ke unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.- BERNAMA
Pelajar Tingkatan Satu Maut Motosikal Yang Ditunggangi Hilang Kawalan Pelajar Tingkatan Satu Maut Motosikal Yang Ditunggangi Hilang Kawalan Reviewed by Unknown on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.