Seo Services

Penyanyi Rap 50 Cents Muflis?


KUALA LUMPUR – Penyanyi rap popular, 50 Cent memfailkan status muflis berikutan menanggung hutang antara RM38 juta hingga RM190 juta.

Pemilik nama sebenar Curtis James Jackson III itu memfailkan notis perlindungan muflis Chapter 11, setelah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM19 juta kepada seorang wanita berhubung kes video seks.

Penyanyi itu ketika zaman kemasyhurannya berjaya menjual lebih 30 juta album di seluruh dunia dan memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Grammy, 13 Anugerah Muzik Billboard, enam Anugerah Muzik Dunia, tiga Anugerah Muzik Amerika dan empat Anugerah BET.

Beliau kemudian mengembangkan kerjaya seninya kepada bidang lakonan iaitu filem semi-autobiografi Get Rich atau Die Tryin’ pada tahun 2005 dan sebuah filem perang Iraq berjudul Brave serta setahun kemudian Righteous Kill.

Ahli muzik itu berada di kedudukan artis keenam terbaik pada tahun 2000-an dan rapper ketiga terbaik di belakang Eminem dan Nelly. – BH
Penyanyi Rap 50 Cents Muflis? Penyanyi Rap 50 Cents Muflis? Reviewed by Unknown on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.