Seo Services

Serangan Militan Syiah, 20 Terbunuh


ADEN: Seramai 20 orang awam terbunuh manakala 41 lagi cedera selepas kumpulan militan Syiah melakukan serangan di sini pada Rabu.

Militan syiah Huthi yang tidak menghiraukan bulan Ramadan mula melancarkan serangan menggunakan roket di kawasan kejiranan Dar Saad sejak subuh Rabu.

Peluru roket tersebut kemudian dikatakan jatuh ke kawasan yang sibuk dengan avtiviti penduduk Islam Sunnah bersahur, kata seorang jurucakap tentera.

"Ada yang mati dan ramai yang cedera," jelas kumpulan perubatan.

Aden merupakan kawasan terakhir yang didiami Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi sebelum lari ke negara jiran, Arab Saudi.-mStar
Serangan Militan Syiah, 20 Terbunuh Serangan Militan Syiah, 20 Terbunuh Reviewed by Unknown on July 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.