Seo Services

Terkini: Operasi Buru Geng Perompak Asing Di Mongkos


SERIAN: Polis kini sedang giat memburu sekumpulan perompak bersenjata dari Indonesia yang dipercayai menyembunyikan diri di ladang Kelapa Sawit Mandu Tapu, Mongkos.

Difahamkan, kumpulan perompak yang dianggarkan dianggotai oleh lima hingga enam orang telah merompak sekurang-kurangnya tiga buah rumah awal pagi tadi.

Kumpulan perompak disyaki warga Indonesia berdasarkan dialek percakapan yang didengari oleh mangsa-mangsa yang dirompak.

Suspek yang melarikan diri menggunakan kereta dan motosikal yang di curi dari rumah mangsa-mangsa rompakan telah terserempak dan melanggar kenderaan sepasukan polis yang membuat rondaan berdekatan ladang tersebut.

Dalam usaha melepaskan diri, suspek mengundurkan kenderaan namun merempuh rakan mereka yang sedang menunggang motosikal yang mengiringi kenderaan mereka sebelum bertindak berlari ke arah ladang kelapa sawit meninggalkan kenderaan dan barangan rompakan mereka.

Sehingga berita ini ditulis pasukan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Serian DSP Chung Aik Peng sedang mengadakan gerakan memburu suspek yang dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan.

Dalam kejadian rompakan yang pertama lebih kurang jam 2 pagi, kumpulan perompak tersebut yang bertopeng dan bersenjatakan parang telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Lebor, Serian dan mengikat lima sekeluarga dengan menggunakan kabel wayar.

Suspek kemudiannya melarikan lima talipon bimbit, sebuah laptop, barang-barang kemas, dokumen penting dan sebuah motosikal.

Kumpulan yang sama kemudiannya merompak sebuah rumah yang berdekatan yang dihuni oleh lima sekeluarga yang juga di ikat dengan menggunakan kabel wayar sebelum melarikan dua bimbit talipon dan sebuah komputer riba.

Rompakan ketiga berlaku lebih kurang jam 4 pagi di mana kumpulan yang sama telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Batu 11, Jalan Serian - Sri Aman yang dihuni oleh empat orang penghuni termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Tanpa mencederakan mangsa, kumpulan perompak tersebut melarikan kereta milik mangsa, barang-barang kemas, dua talipon bimbit, sebuah peti besi yang berisi wang dan dokumen-dokumen penting. - Sarawakiana


Terkini: Operasi Buru Geng Perompak Asing Di Mongkos Terkini: Operasi Buru Geng Perompak Asing Di Mongkos Reviewed by Salfian Nawawi on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.