KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam Khamis.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 17 Julai 2015," katanya.
Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. - Bernama
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 16, 2015
Rating:
No comments: