Seo Services

'Untuk Jadi Pencipta Sejarah, Bukan Dengan Jadi Pengecut'


PUTRAJAYA: Untuk jadi pencipta sejarah, bukanlah dengan menjadi seorang pengecut.

Itu kata perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru anak muda supaya berani tampil ke hadapan untuk mencipta rekod yang membanggakan negara.

"Seorang guru kepada Muhammad al-Fateh, iaitu pemerintah kerajaan Uthmaniyah di Turki, pernah berpesan kepada beliau, untuk menjadi pencipta sejarah, bukanlah dengan menjadi seorang pengecut, dan ini ada banyak kebenarannya," kata Najib.

Najib berucap ketika melancarkan Ekspedisi Kutub Selatan 'All The Way' 2015 di sini hari ini.

Ekspedisi ini bakal menyaksikan Shahrom Abdullah, anak jati Gua Musang, Kelantan menggalas cabaran membawa panji Malaysia merentas Kutub Selatan.

Misi ini digerakkan oleh kelab ekspedisi tujuh benua (KE7B) merentas Kutub Selatan bermula di Messner Inlet dan berakhir di titik kosong darjah kutub selatan yang melibatkan jarak melebihi 1,000km. - Awani
'Untuk Jadi Pencipta Sejarah, Bukan Dengan Jadi Pengecut' 'Untuk Jadi Pencipta Sejarah, Bukan Dengan Jadi Pengecut' Reviewed by Unknown on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.