Seo Services

Cubaan Meloloskan Diri Selepas Dijatuhkan Hukuman



KUCHING: Cubaan seorang lelaki melarikan diri selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun serta tiga sebatan di gagal apabila tindakan pantas pihak polis dengan bantuan orang ramai memberkasnya semula di seberang jalan Makhamah Sesyen disini semalam.

Mohamad Hairi Kushairi, 29 dilihat berlari menuju ke arah Wisma Bapa Malaysia sebagai usaha meloloskan diri dari jagaan polis selepas hukuman berkenaan dijatuhkan.

Hairi, didapati bersalah selepas mengaku merompak juruwang, 18, di sebuah restoran di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya pada 10 Mac lalu pada jam 10 malam.

Kesalahan itu dilakukan bersama seorang lagi rakan bersubahat yang masih bebas.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Timothy Finlayson Joel memberitahu pembelaan tertuduh mengatakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak merakam mukanya sekadar penafian.

Timothy berkata, tindakannya jelas dirancang memandangkan ia berlaku ketika remaja perempuan berkenaan sedang mengira wang pada mesin wang.

Kelakuannya jelas dirakamkan oleh CCTV dan hakim berkata, pembelaannya hanya penafian semata-mata apabila tertuduh mengatakan bukan dia yang dalam rakaman CCTV itu.

Hakim menambah, hukuman berat perlu dijatuhkan terhadapnya memandangkan kes-kes rompak semakin berleluasa serta kemungkinan boleh membahayakan mangsa.

Ketika mengemukakan mitigasi, Hairi yang tidak diwakili peguam bela merayu untuk diberikan hukuman lebih ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, insiden sekitar jam 10.55 pagi itu berlaku ketika seorang anggota polis yang bertugas cuba menggari tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Tertuduh tersebut telah bertindak agresif dan menendang bahagian perut pengadu sehingga terjatuh lalu melarikan diri keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 2 menuju ke luar Kompleks Mahkamah Kuching,” katanya mengulas lanjut kes itu.

Tertuduh yang dituduh di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompak berkawan tanpa senjata (suspek terdiri daripada dua orang ke atas) berjaya ditangkap semula di luar mahkamah.

Dia terus direman di penjara sementara siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
Cubaan Meloloskan Diri Selepas Dijatuhkan Hukuman Cubaan Meloloskan Diri Selepas Dijatuhkan Hukuman Reviewed by Unknown on October 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.