Seo Services

Cungkil Mata Buaya Untuk Lepaskan Diri


KUCHING: Seorang nelayan bertarung nyawa melepaskan dirinya daripada dibaham buaya dengan mencungkil mata reptilia ganas berkenaan di Batang Kayan, Lundu semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Sempadi, Lundu itu terdahulu menjala ikan di sungai berkenaan sebelum diserang buaya sekitar jam 7 pagi.

Ekoran itu, mangsa telah diheret buaya tersebut yang dianggarkan sepanjang enam kaki menyebabkan dia terpaksa berusaha melepaskan diri.

“Mangsa mulanya menjala ikan di tebing sungai tersebut apabila seekor buaya muncul dan terus membaham kaki sebelum mengheretnya ke dasar sungai berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun berusaha menyelamatkan diri dan selepas bergelut beberapa minit, dia berjaya mencungkil mata buaya tersebut yang akhirnya melepaskannya,” kata sumber.

Mangsa yang mengalami patah tangan kanannya serta cedera dari paras paha kakinya kemudian segera menyelamatkan diri ke tebing sungai sebelum meminta bantuan daripada keluarganya.

“Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata sumber lagi.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa yang tiba di HUS sekitar jam 2 petang semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih dirawat di Unit Kecemasan HUS.-UB
Cungkil Mata Buaya Untuk Lepaskan Diri Cungkil Mata Buaya Untuk Lepaskan Diri Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.