Seo Services

DIKEHENDAKI! Ezekial Baring Diburu Polis


SRI AMAN: Pihak polis telah memohon maaf berhubung kesilapan gambar untuk mengesan lelaki bernama Ezekial Baring Phua yang dikehendaki oleh mereka bagi membantu siasatan kes narkotik di daerah Sri Aman.

Pihaknya memberitahu gambar individu lelaki yang tertera di dalam siaran akhbar bertarikh 28 Oktober lepas bagi tujuan membantu siasatan narkotik itu adalah merupakan individu lain dan bukan Ezekial Baring Phua.

"Berlaku sedikit kesilapan teknikal dalam proses menyalurkan maklumat dan gambar mengenai penama dikehendaki iaitu Ezekial Baring Phua kepada pihak media bagi membantu kita menyiasat kes narkotik di Sri Aman.

"Justeru kami berharap agar pihak media boleh menyiarkan kembali gambar sebenar Ezekial Baring Phua bagi membolehkan orang ramai membantu kita mengesan kedudukan terkini individu terbabit kelak," katanya.

Pihak polis kata beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap orang ramai dan media apabila dua daripada lima orang individu lelaki yang dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan kes terbabit sudah pun menyerah diri pada hari Rabu lepas.


Terdahulu Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman pada 27 Oktober lepas telah memohon kerjasama daripada orang ramai bagi mengesan seramai lima orang individu yang dikehendaki bagi tujuan siasatan kes narkotik di sini.

Tiga penama pertama ialah Ezekial Baring Phua, 24, dari Kampung Abok Bakar, Pantu, Jimmy Carter, 28, dari Kampung Long Sebulu, Lawas dan Wilson Intai Michael, 23, dari Jalan RTM Sri Aman. Manakala dua orang lagi ialah Awang Hipni Awang Raili, 39, dari Kampung Hilir, Sri Aman dan Hward Ferguson Lee Nyaring, 22, dari Jalan Serindit 5 Taman Scientix, Pasir Gudang, Johor (penama dipercayai sedang berada di Sarawak pada masa sekarang).

Media dimaklumkan bahawa dua daripada lima orang individu dikehendaki ini sudah pun menyerah diri kepada pihak polis Sri Aman dengan membuat panggilan telefon setelah usaha mengesan mereka disiarkan dalam akhbar.-UtusanSarawak
DIKEHENDAKI! Ezekial Baring Diburu Polis DIKEHENDAKI! Ezekial Baring Diburu Polis Reviewed by Unknown on October 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.