Seo Services

Facebook Perkenalkan Video Pendek Sebagai Gambar Profil



FACEBOOK telah dimulakan pada 4 Febuari 2004, semenjak dari tarikh tersebut, laman sosial paling popular di dunia itu sudah berumur 11 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, dari segi pengenalan fungsi sehinggalah perubahan antaramuka.

Terkini, pada hari ini, Facebook mengumumkan kemaskini pada halaman profil yang mana lebih memfokuskan pada paparan mudah-alih.

Melalui kemaskini yang diperkatakan, mereka memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna mengekspresi diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada tetapan baru ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil, sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa.

Disamping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara seperti khusus sempena hari Raya dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal.

Kemaskini baru untuk profil ini juga turut membawakan rekaan yang baru, disamping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain.

Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi.

 Mynewshub.cc
Facebook Perkenalkan Video Pendek Sebagai Gambar Profil Facebook Perkenalkan Video Pendek Sebagai Gambar Profil Reviewed by Unknown on October 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.