Seo Services

'Isteri' Didakwa Lahir Anak Hodoh Pertahan Diri


TAIPEI – TAIWAN. Anda masih ingat gambar ini yang tersebar sejak 2013 yang lalu?

Sekeping potret keluarga yang menunjukkan pasangan sama cantik dan sama padan bersama tiga anak yang berwajah hodoh.

Hanya kerana gambar ini, hidup seorang model terkenal Taiwan, Heidi Yeh seolah-olah bertukar menjadi mimpi termasuk kehilangan banyak tawaran kerja.

Dalam satu sidang media minggu lalu, Heidi tampil mempertahankan diri dengan mendakwa gambar tersebut dirakam bagi sebuah klinik kosmetik bersama sebuah agensi model dan iklan, J.Walter Thompson (JWT), lapor Shanghaiist.com.

Menurutnya, berdasarkan kontrak, gambar itu hanya akan digunakan dalam media cetak namun gambar itu menjadi viral apabila sebuah klinik kosmetik yang lain turut menggunakan gambar itu untuk iklan dalam talian hingga tersebar ke seluruh dunia.

Kemudian cerita palsu tentang seorang lelaki menyaman isterinya kerana melahirkan anak-anak yang hodoh disiarkan tabloid Heilongjiang di internet hingga mendapat perhatian media antarabangsa selepas gambar itu dimuat naik bersama laporan berita itu.

Heidi bertindak memfailkan saman terhadap JWT dan klinik yang terbabit, Simple Beauty dengan tuntutan pampasan 5 juta NTD.

Sementara itu, Simple Beauty mempertahankan diri dengan kenyataan melalui Facebook bahawa pihaknya telah melalui prosedur yang betul untuk menggunakan gambar itu daripada JWT.

Manakala JWT dilaporkan berkata, melalui kontrak yang ditandatangani antara Heidi dengan pihak agensi memberi kebenaran kepada JWT hak penuh atas gambar itu dengan kenyataan jelas bahawa gambar itu akan diubahsuai.

Menurutnya, dakwaan tidak benar Heidi itu menjejaskan imej agensi dan pihaknya akan cuba membatalkan saman tersebut.

November 2013 lalu, laporan tentang seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh tersebar luas hingga mendapat liputan meluas dari media antarabangsa.

Si suami yang dinamakan sebagai Jian Feng mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin. - SH 
'Isteri' Didakwa Lahir Anak Hodoh Pertahan Diri 'Isteri' Didakwa Lahir Anak Hodoh Pertahan Diri Reviewed by uMieySurianie on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.