Seo Services

Jemaah Haji Sarawak Dijangka Balik Pada 7, 8 dan 14 Oktober


KUCHING: Jemaah haji Sarawak dijangka balik secara berperingkat-peringkat pada 7, 8 dan 14 Oktober ini setelah lebih kurang 40 hari menunaikan haji di Mekah.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, terdapat kira-kira 850 orang jemaah haji termasuk jemaah haji 1Malaysia dari Sarawak yang telah terpilih menunaikan haji pada tahun ini.

“Jemaah haji dari Sarawak telah menyelesaikan Masyair (operasi Arafah Mina), rukun terpenting dalam haji iaitu wukuf di Arafah.

“Pada waktu ini, mereka sedang menunggu untuk Tawaf Haji Wada,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Dalam pada itu, Daud berkata secara keseluruhannya jemaah haji Sarawak berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Namun, katanya terdapat dua jemaah yang telah meninggal dunia iaitu Suhai Abang, 64, dari Kampung Benyoh, Kuching dan Saamah Latif, 69, dari Kampung Muara Tuang, Samarahan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lanjut berhubung perkara itu.

“Semua berita dan maklumat yang kami terima adalah daripada keluarga dan petugas haji,” katanya. - UB
Jemaah Haji Sarawak Dijangka Balik Pada 7, 8 dan 14 Oktober Jemaah Haji Sarawak Dijangka Balik Pada 7, 8 dan 14 Oktober Reviewed by uMieySurianie on October 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.