Seo Services

Kerajaan Akan Pastikan Peniaga Jual Kad Prabayar Ikut Harga Ditetapkan - Jailani


KUCHING: Kerajaan akan memastikan peniaga mematuhi dan menjual kad tambah nilai telefon bimbit mengikut harga ditetapkan mulai 1 Jan depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata bagi memastikan peniaga mematuhi harga ditetapkan itu nanti, pemantauan akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Seharusnya peniaga (menjual kad prabayar) melaksanakan tanggungjawab ... mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, kita akan ambil tindakan," kata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvensyen Posmen Komuniti Peringkat Sarawak di sini Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 pada 23 Okt lepas mengumumkan pengguna warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka, mulai 1 Jan hingga 31 Dis tahun depan.

Pada 19 Okt lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata syarikat telekomunikasi (telco) diberi tempoh sehingga 31 Okt ini untuk memastikan harga kad prabayar untuk penggunaan telefon mudah alih kembali seperti sebelum pelaksanaan GST.

-- BERNAMA
Kerajaan Akan Pastikan Peniaga Jual Kad Prabayar Ikut Harga Ditetapkan - Jailani Kerajaan Akan Pastikan Peniaga Jual Kad Prabayar Ikut Harga Ditetapkan - Jailani Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.