Seo Services

Masjid An-Naim Lutong Dinobat Masjid Contoh Maal Hijrah 1437H


MIRI: Masjid An-Naim Lutong Miri telah menerima Anugerah Maal Hijrah Masjid Contoh sempena Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1437H/2015M semalam.

Masjid An-Naim Lutong yang bersebelahan Gereja Good Sheapherd Lutong, antara simbol perpaduan dan keharmonian kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Sejarah dan keunikan masjid ini telah disiarkan dalam dokumentari filem terbitan Astro sempena perayaan Hari Malaysia yang berjudul ‘Kita Sama Sehati Sejiwa.’

Masjid ini telah dibina pada tahun 1981 dan siap sepenuhnya pada 1983 dan dirasmi oleh Ketua Menteri ketika itu iaitu Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Masjid berkenaan mempunyai dewan solat boleh menampung kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan ia turut menyedia pelbagai kemudahan termasuk bilik kuliah.

Selain Masjid An-Naim, Surau Al Quddus Taman Sri Wangi Petra Jaya Kuching menerima Anugerah Maal Hijrah Surau Contoh.

Penerima lain ialah Loling Othman Alwi (Anugerah Pendakwah Contoh), Mohd Nuli Abdullah (Anugerah Hijrah Keluarga Contoh) dan Rakayah Haji Madon (Anugerah Hijrah Pegawai Awam Contoh).

Anugerah Hijrah Sukarelawan Contoh pula dianugerahkan kepada Awang Said Awang Dollah, SMK Pesentren Abdul Taib Mahmud, Kota Samarahan pula menerima Anugerah Maal Hijrah Sekolah Menengah Agama Cemerlang.

Anugerah Maal Hijrah Sekolah Rendah Agama Cemerlang pula diserahkan kepada SK Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sibu, sementara Anugerah Pelajar STPM dan SPM Cemerlang masing-masing milik Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Suhardi dan Muhammad Izzat Mukhali. -UB-
Masjid An-Naim Lutong Dinobat Masjid Contoh Maal Hijrah 1437H Masjid An-Naim Lutong Dinobat Masjid Contoh Maal Hijrah 1437H Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.