Seo Services

Miley Cyrus Mahu Adakan Konsert Bermandikan Susu


Bintang kontroversi Hollywood, Miley Cyrus dikatakan akan membuat persembahan gig atau konsert dalam keadaan berbogel.

Hal itu didedahkan oleh penyanyi utama kumpulan The Flaming Lips, Wayne Coyne di laman sosial instagram miliknya.

Penyanyi berusia 22 tahun itu bersama kumpulan tersebut merancang mahu membuat persembahan gig itu dan meminta peminat serta penonton yang hadir turut berbogel.

Ini kerana mereka semua akan disembur dengan susu atau cecair yang kelihatan seperti ‘susu’ semasa konsert itu berlangsung.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Wrecking Ball itu masih belum mengeluarkan apa-apa komen mengenai berita tersebut.

Barangkali ia ada kaitan dengan lagu terbaru Miley yang bertajuk The Milky Milky Milk dari album Miley Cyrus and Her Dead Petz.

Namun menurut sumber, penyanyi itu akan mula membuat persembahan gig di Amerika Syarikat pada bulan hadapan. – Agensi
Miley Cyrus Mahu Adakan Konsert Bermandikan Susu Miley Cyrus Mahu Adakan Konsert Bermandikan Susu Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.