Seo Services

Muhyiddin nafi akan buat laporan polis esok


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyangkal dakwaan berhubung laporan polis yang akan dibuat oleh beberapa pemimpin negara terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti yang tersebar di Whatapps hari ini.

"Admin: Whatsapp yang tersebar mengenai laporan polis oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah palsu," petik posting terbaharu di laman Facebook rasmi pemimpin itu.

Dalam mesej itu, Tun Mahathir Mohammad didakwa akan membuat laporan berhubung isu itu di IPD Putrajaya, Muhyiddin di IPD Dang Wangi sementara Datuk Seri Shafie Afdal akan membuat laporan di IPD Brickfield.

Malah, menerusi mesej itu juga, ketiga-tiga pemimpin itu diberitahu akan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk satu lagi laporan kepada SPRM pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.- SH
Muhyiddin nafi akan buat laporan polis esok Muhyiddin nafi akan buat laporan polis esok Reviewed by Admin on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.