Seo Services

Pelan RMK-11 Bakal Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara


Fokus utama Pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) sebagai Rancangan Malaysia pertama tahun 2020 meletakkan agenda mentransformasikan sistem pendidikan negara termasuk mengarusperdanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan sasaran untuk meningkatkan 2.5 kali ganda keseluruhan enrolmen kepada 650,000 pelajar menjelang tahun 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pelan RMK-11 sudah tentunya untuk melahirkan modal insan Malaysia yang benar-benar hebat, bermentaliti kelas pertama, berkualiti dan berkemahiran tinggi setanding dengan negara-negara maju yang lain.

"Ini kerana sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu akan diwujudkan dalam pelan RMK-11 dan 60% daripadanya memerlukan kelayakan berkaitan TVET.

"Ekonomi yang dikenali sebagai ‘indie capitalisme’ akan menerajui ekonomi masa hadapan sebagai penjana pekerjaan."

"Apa lagi, kita bakal menyaksikan perubahan dalam bentuk ekonomi dunia pada masa akan datang yang lebih terarah kepada ekonomi berasaskan kreativiti dan inovasi serta berteknologi tinggi."

Beliau berkata sedemikian semasa menghadiri Hari Kualiti Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Tahun 2015 di Auditorium Pustaka Negeri, Kuching, pagi tadi.

Menurut Nancy, pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Sarawak bakal menjana sekurang-kurangnya 1.6 juta peluang pekerjaan.

“Oleh itu, adalah menjadi peranan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat serta kolej-kolej Vokasional di negeri ini untuk memastikan belia di Sarawak dapat memenuhi keperluan SCORE serta Pelan RMK-11,”

Tambahnya lagi, beliau yakin Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, sebagai satu-satunya lagi sekolah teknik yang ada di negeri ini selepas 6 buah sekolah teknik lain ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional dimana mampu menjadi sumber kepada tenaga mahir yang berkualiti tinggi seperti spefikasi yang ditetapkan dalam SCORE.

“Sekaligus menyahut aspirasi Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya lebih-lebih lagi pelajar sekolah teknik kebanyakkannya daripada aliran kejuruteraan,” jelas beliau. - Sarawakiana
Pelan RMK-11 Bakal Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara Pelan RMK-11 Bakal Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara Reviewed by Unknown on October 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.