Seo Services

Punca Remaja OKU, Muhammad Firdaus Meninggal Dunia


SEREMBAN:Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Difahamkan Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya ketika operasi Jabatan Imigresen.

Dia yang kurus kering ditemui dikurung dalam bilik yang sangat kotor dan terdapat najis yang sudah kering.

Pada 17 November lalu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban. - SH

Al-Fatihah.
Punca Remaja OKU, Muhammad Firdaus Meninggal Dunia Punca Remaja OKU, Muhammad Firdaus Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on October 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.