Seo Services

Tiga Kamera AES Dipasang Tahun Depan


KUCHING: Tiga kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di Sarawak dengan fasa pertama dijangka bermula tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia Abd Ghafar Yusof berkata pemasangan sistem berkenaan akan dilaksanakan di Jalan Kuching-Serian, Jalan Dato Mohd Musa dan Jalan Tanjung Kidurong.

“Pemasangan kamera AES adalah sangat penting untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dengan mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui sempena Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang Bedui Une.

Abd Ghafar menjelaskan kajian untuk pemasangan kamera AES dibuat oleh pasukan teknikal yang diketuai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis.

“Pemilihan lokasi pemasangan kamera AES berdasarkan laporan kawasan kerap kemalangan oleh polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 14 kamera AES sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.

“Pemasangan kamera AES akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk Sarawak.

“Justeru, 37 lagi pemasangan kamera AES akan ditambah termasuk tiga di Sarawak,” katanya.

AES merupakan sebuah sistem terbukti yang kini digunakan di banyak negara untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju dan melanggar lampur isyarat merah.

Ini merupakan kesalahan trafik yang kerap di jalan raya Malaysia dan merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya.

Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi di mana amaran yang mencukupi dalam bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon AES. - UB



Tiga Kamera AES Dipasang Tahun Depan Tiga Kamera AES Dipasang Tahun Depan Reviewed by uMieySurianie on October 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.